Selasa, 30 Oktober 2012

LEGA LEPAS TEMUDUGA

Harini sebenarnya Ummi ada temuduga SPA, adoi baca punya baca last2 tah apa2 dia tanya,punya la Ummi boring, tapi biag la apapun dah lepas takkan tak lulus kot, 
Insyaallah ..........
Tapi lega banyak balik dr situ Ummi makan n tidog sakan ha ha,lega

 macam sleeping beauty lah katakan

DOWNLOAD TULISAN YG COMEL2


Ummi dah lama dok tengok tulisan cantik2,yg x ada dlm ms word, rupa2nya kita boleh download
1. Ummi cadangkan  web DAFONT, KEVIN AND AMANDA dan FONTSPACE dan  mediafire.com

2. Pilih font yang kita  nak.. Then Download

3. Lepastu, bila dah dowload.. klik kat perkataan  EXTRACT file tu..


4.  Bukak file yang kita dah extract tadi. Then ade kan truetype font..Then, right click n Install!
5. Lepastu ada automatik kat list forn kita dlm ms word

Cuba try
Habibah binti Omar

Isnin, 29 Oktober 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Rabu, 24 Oktober 2012

PUASA SUNAT ARAFAH

JOM PUASA SUNAT ARAFAH, IANYA DATANG HANYA SEHARI DAN SEKALI DALAM SETAHUN.
KAIFIAT DAN FADHILATNYA  AMATLAH BESAR.

klik link  :http://malaysianbite.blogspot.com/2012/10/fadhilat-puasa-sunat-arafah.html

Khamis, 18 Oktober 2012

HAJI 2012

MUSIM HAJI TIBA LAGI,KERINDUAN YG TAK DAPAT DIBENDUNG, TIAP KALI MENYEBUT,MELIHAT DAN MENDENGAR MENGENAI HAJI AIR MATA DAN SEBAK DI DADA TAK DAPAT DIBENDUNG. INILAH RINDU RUPANYA,WALAUPUN DAPAT MELIHAT,MENDENGAR TAPI TAK PERNAH LUPUS RINDU INI. YA ALLAH BERSYUKUR KERANA DIBERI PELUANG MENJADI TETAMU-MU, DAN SENTIASA BERHAJAT UNTUK MENGUNJUNGI-MU LAGI.


SUMBER EN JAZMI JAMALUDDIN
http://www.facebook.com/groups/113719205368264/




 DATARAN MAKKAH
  
FAIRMONT CLOCK TOWER
                             

ARAFAH

 
JAMRAH DI MINA
 

MASJID MAKKAH
 
KHEMAH DI MINA
                                                     

Khamis, 11 Oktober 2012

UMMI DEMAM LAGI

Mana tak demam, anaknda yang sulung muhammad Adli minggu ni start PMR nya, bila tanya boleh buat dak,senyum.............. ..boleh.............
Harap2 betul2 boleh
Ya Allah berikan idea dan ihlam yang bernas untuk anakku..............

TEMUDUGA SPP DG 41

Ahamdulillah semalam Ummi online dan dapat keputusan untuk interview 30 octeber ni, Ya Allah berdebar dah lama tak menghadiri apa2 interview, buat rakan2 semua boleh check kat sini, yang dah lama menunggu akhirnya buah durianni jatuh jugak..............

KLIK SEMAKAN ONLINE  SPP BUAT KENAIKAN DG 41

Khamis, 4 Oktober 2012

HAC 2012



LEGA DAH SELESAI........



MPIP K15 1992-1994

RINDUNYA INGAT SAAT INI,BILALAH DAPAT BERIUH RENDAH MACAM DULU2
    Photo: Salam.. khas Sahabat K15. Apa khabar semua. semoga sihat walafiat. Dah cukup korum belum nak bt perjumpaan. cuba chek sapa yg x dak..fauzi dah jumpa tapi dia mau kwn lg dgn saya..hu hu

   

Isnin, 1 Oktober 2012

BAHAN UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM PASCA UPSR 2012

1.PROGRAM CELIK AQIDAH:
TAJUK :
  1. RUKUN ISLAM
  2. RUKUN IMAN
  3. SIFAT-SIFAT ALLAH     
( paparan lengkap dan mudah difahami para pelajar )

KLIK DISINI BAHAN CELIK AQIDAH

TQ SUMBER


Ahad, 30 September 2012

MINGGU BUSY SKTJ

Hariini last raptai n persiapan untuk HAC SKTJ, Ummi macam biasalah kena besiap pentas n jadi mc, nak kata reti tak lah sangat tapi dah kena , buat sajalah, apapun seronok bila dah nampak hasil, harap esok semua berjalan lancar.








Sabtu, 22 September 2012

PERMOHONAN ASRAMA PENUH DAN SM TEKNIK UNTUK 2013

Online  kat KPM dah ada, bolehlah kita buat manala tau rezeki anak kita walaupun result lambat lagi.
Dah ada start 15 September hingga 30 Oktober 2012

KLIK SINI : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sabtu, 15 September 2012

LADANG ANGGUR TASIK BERIS,SIK ,KEDAH

Dulu kalau nak tengok anggur kat pokok kena p Cameron barulah ada tapi sekarang tak yah jauh2,dekat tempat kita di Kedah ni pun ada. Ummi dan family 15 sept sempena esok cuti Hari malaysia, bawa anak2 p Ladang Anggur Tasik Beri, tak jauh,kalau dari rumah Ummi dalam sejam setengah (dari pokok Sena). Rupanya ramai org yg datang nak tengok, seronok juga, tiket masuk Dewasa RM 4 dan kanak2 bawah 12 tahun RM 2, takleh petik2,nak beli boleh sekilo RM 12.Dibuka setiap hari.













Ahad, 9 September 2012

ANAK UMMI NAK EXAM UPSR...........

Picture
Hari ini di sekolah sibuk susun meja lepastu buat Bacaan Yassin untuk UPSR yang bermula 11.12 dan 13 September ini. Nampaknya Ummi berdebar lagi sebab INTAN anak Ummi akan menghadapi UPSR nya. Tapi ummi yakin dengan diri anak Ummi. INTAN dah usaha ,INTAN dah berserah ,insyaallah INTAN akan perolehi kejayaan, apa jua keputusan UMMI terima.

TIP KITA SEBAGAI IBUBAPA MENJELANG PEPERIKSAAN ANAK-ANAK :
  1. BANYAKKAN BERTANYA APA LAGI YG DIA PERLUKAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
  2. BAGI KATA SEMANGAT DAN PERANSANG.
  3. BUAT CABARAN DAN JANJIKAN APA SAHAJA YG MENGEMBIRAKANNYA.
  4. BERI CONTOH ORANG2 YG BERJAYA.
  5. LAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT DAN SUNAT HAJAT, SELUHUR DAN SEIKHLAS HATI IBUBAPA.
  6. REDHA DENGAN APA JUA YG DIKURNIAKAN.
  7. TENGOK KELENGKAPAN ANAK2.
  8. BELI BAJU SEKOLAH BARU, KASUT BARU ,BUKAN HANYA BAJU BARU TIME RAYA, SEMANGAT BUAT ANAK2.
  9. PAGI TIME ANAK NAK KELUAR PELUK DAN BISIKAN SEMANGAT.
INSYAALAH ANAK2 AKAN BERJAYA

Sabtu, 8 September 2012

SAHABAT

Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi 
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Cermin 

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Memberikan Hadiah
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)

Rabu, 5 September 2012

PUDING KARAMEL ROTI

PUDING PRAKTIKUM..........
Petang ni lepas sembahyang asar terasa nak makan sangat puding ni. Haritu Adik Lutfi buat di sekolah rasa sikit, maklumlah ramai.........., so petang ni Ummi mereka buatlah, tadi dah tanya resepi kat sekolah, tapi lupa nak wak lek, makanya Ummi try resepi ini, ini hasilnya............ Ummi buat setengah dr resepi yg sebenar utk loyang kecil


Kalau sesiapa nak try, try le,,,,,,,,,

Bahan-bahanya:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 
10 keping roti 4 segi (roti mayat) 
3 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan gula

Cara-caranya:
Dengan menggunakan loyang,sediakan gula hangus.kemudian ketepikan.Panaskan pengukus,kepak2 roti kemudian blender  bersama air ,susu,telur dan esen vanila.Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak.
masuk dalam peti sejuk........


Khamis, 30 Ogos 2012

MERDEKA RAYA SKTJ 2012

HARIINI SAMBUTAN MERDEKA & RAYA DI SEK ,MERIAH SERONOK





Photo: Bersama ustaz-ustaz praktikum...last day hari ni..

Photo: Cikgu2 SKTJ...  ;)

Rabu, 29 Ogos 2012

KENAPA YA..........






Photo: Anak murid pra yg terlena di ats peha ustazah... ;) hehe
Rupanya dalam Ummi dok bercerita time mengajar ada jugak budak yg terlena, yg bestnya lena kat riba pulak tu, gambaq ni betol2 punya, cikgu pra yg ambil, ummi tak sedagpun.

Kenapa ya......Adik wanie lena, ka ngantuk, ka boring...........
apapun itulah Ummi..........
Budak2 kat kelas pra ni manja habis, marahpun mai jugak........

Isnin, 27 Ogos 2012

KEK BATIK BISKUT MERRY

JOM BUAT, SENANG SANGAT, SIMPEL JA...

BAHAN2 NYA :

  • 1 KG ROTI MERRY NAKNYA YG WARNA PUTIH TAK MAU YG COKLAT
  • 1 CWN GULA PUTIH
  • 2 CAMCA BESAR COKLAT SERBUK KALAU TAK ADA GANTI MILO CAMPUR SIKIT KOPI
  • 3 CAWAN AIR
 CARA NAK BUAT :
  • MASAK GULA, SERBUK COKLAT DAN AIR SEHINGGA MENDIDIH
  • PATAHKAN 4 ROTI MERRY
  • TUTUP API MASUKKAN ROTI DALAM ADUNAN, KACAU SEHINGGA RATA
  • TUANG DALAM LOYANG YANG DISAPU MINYAK,TEKAN SEHINGGA KEJAP BETUL2 SUPAYA BILA NAK POTONG NANTI CANTIK.