Sabtu, 15 September 2012

LADANG ANGGUR TASIK BERIS,SIK ,KEDAH

Dulu kalau nak tengok anggur kat pokok kena p Cameron barulah ada tapi sekarang tak yah jauh2,dekat tempat kita di Kedah ni pun ada. Ummi dan family 15 sept sempena esok cuti Hari malaysia, bawa anak2 p Ladang Anggur Tasik Beri, tak jauh,kalau dari rumah Ummi dalam sejam setengah (dari pokok Sena). Rupanya ramai org yg datang nak tengok, seronok juga, tiket masuk Dewasa RM 4 dan kanak2 bawah 12 tahun RM 2, takleh petik2,nak beli boleh sekilo RM 12.Dibuka setiap hari.