Khamis, 26 Januari 2012

Maulidur Rasul




                                                                                        
Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..

Muhammad…
Kau selalu dihatiku
Muhammad…

Luluhkan keangkuhanku,
Muhammad…

Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Muhammad…

Peribadinya sederhana,
Muhammad…

Tiada banyak bicara,
Muhammad…
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..


Lirikni lagu Ahmad tapi kita tukar jadi Nabi Muhammad  SAW Junjungan kita.

12 Rabiulawal menjelma lagi,setiap kita umat Nabi Muhammad semestinya mengetahui dan mengingatinya,ia hari kebesaran Islam,perbanyakkan solawat ,semoga kita mendapat syafaat.

Allah SWT berfirman,
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab Ayat 56)

Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita agar mendoakan dan bershalawat untuk Rasulullah SAW. Bukan sebaliknya, memohon kepada beliau, sebagai sesembahan selain Allah, atau membacakan Al-Fatihah untuk beliau, sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian manusia.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan, Abu 'Aliyah berkata,
"Shalawat 
Allah adalah berupa pujianNya untuk nabi di hadapan para malaikat. Adapun shalawat para malaikat adalah doa (untuk beliau)."




                            
Makam Raudah


Masjid Madinah

Masjid Madinah



Selasa, 24 Januari 2012

BAITI JANNATI

Syukur tak terhingga diusia ini ummi memiliki bait dan keluarga yang membahagiakan. Setiap saat walau kemana Ummi pergi pasti hendak segera kembali ke Baiti Sri Embun. Baiti Sri Embun dinamakan sempena arwah ibu mertua EMBUN yang telah kembali ke ramatullah pada 1997.


koleksi ummi
    Ruang makan

 Kegemaran Ummi Bunga matahari






Halaman Sri Embun




Koleksi Kesayangan

















ruang santai
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Senyum ........Smile..........
Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi,baik dari segi kesihatan senaman muka, kalau masam tarik segala urat d muka dan paling istimewa dikasihi Allah.

Senyum juga perlu disertakan  roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong.
  
Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.


Orang yang mudah senyum sekali orang pandang dah tahu boleh kawan ka tak boleh kawan.Kadang-kadang kitapun bila sekali jumpa orangtu dah tau dia memang menyenagkan tapi ada kalanya kita tak berapa berani, apapun Dont judge a book from cover kan.


Salah satu dari cabang iman ialah senyum.

Tapi nak senyum macam mana kalau semua kita buat tak kena,sabag la pulak ceritanya.

Rabu, 18 Januari 2012

ANAK-ANAK YANG BAIK



Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain! 

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam. 

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka. 

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut.
 

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik. 

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar. 

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak 

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa. 

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli. 

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar. 

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah. 

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain. 

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut. 

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka. 

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang. 

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu. 


16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena. 

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna. 

18. Jangan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah. 

19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa. 

- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -
 SUMBER : BLOG:NOR SHAMIS

MELEBIHKAN SESUATU AKAN MENGURANGKAN SESUATU

Pesanan Amirul Mukminin Saydina Umar RA:
  • Org yg banyak ketawa akan membuatkan kehebatan dirinya berkurangan
  • Org yg suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya
  • Org yg kerap melakukan sesuatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya
  • Org yg banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah
  • Org yg selalu membuat silap akan mengurangkan malunya
  • Org yg kurang malu maka kurang waraknya
  • Org yg kurang waraknya maka matilah hatinya.

Sabtu, 14 Januari 2012

Perancangan Strategik PSS

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK JAMAT
PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT SUMBER
TAHUN 2011 - 2013


1.0   LATAR BELAKANG

Pusat  Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yangberkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’.

 Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.


2.0   VISI PSS CEMERLANG 2013

3.0   MISI
 Menjadi pusat penggerak kecemerlangan murid-murid di sekolah.


4.0 MATLAMAT

4.1 Menjadikan PSS sebagai pusat pengerak kepada kecemerlangan sekolah

4.2   Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta menyediakan perisian pendidikan kepada
        murid-murid dan guru-guru

4.3   Membentuk  berbudaya ilmu dan gemar membaca dikalangan guru dan murid.

5.0 OBJEKTIF 

5.1  Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru-guru dan murid-murid.

5.2  Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran danpembelajaran.

5.3  Meningkatkan profesionalisme guru.

5.4  Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.

5.7  Meningkatkan jumlah penggunaan media pengajaran dalam P&P.



6.0 ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN DAN LUARAN

6.1   KEKUATAN

1.Guru pernah mengikuti kursus dan  didedahkan dengan pelbagai pengetahuan serta ilmu pengurusan PSS.

2. Sokongan daripada pihak pengurusan dalam pelaksanaan program PSS  membolehkan pelbagai usahauntuk meningkatkan mutu perkhidmatan dapat dilaksanakan.

3. Koleksi buku-buku yang terdapat di PSS adalah koleksi terkini. 

4.Sikap ingin tahu murid-murid yang tinggi dan bersemangat untuk maju.

5. PSS dilengkapi dengan keperluan asas yang agak lengkap untuk menjalankan fungsinya dan bersesuaian dengan sekolah.





6.2  KELEMAHAN

1. Tiada pembantu pustakawan yang dapat berkhidmat sepenuh masa.

2.Tahap pembacaan dan kesedaran pembelajaran berasaskan sumber di kalangan guru-guru dan murid-murid adalah rendah  terutama bagi murid-murid yang lemah.

3. Guru PSS tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana turut dibebankan dengan lain-lain tugasdari Unit HEM dan Ko-Kurikulum

4. Jumlah bahan bacaan dan alat bantu mengajar belum mencapai sasaran yang ditetapkan.


5. PSS yang keluasan fizikalnya yang terhad.

6.  Kemahiran penggunaan PSS yang rendah di kalangan guru-guru dan murid-murid.

7.   Promosi yang kurang berkesan.



6.3     ANCAMAN

  1. Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan guru-guru lebih cenderung mengajar menggunakan kaedah tradisional.
   2.Guru lain  kurang berfungsi kerana bebanan tugas guru .

  1. Budaya membaca yang rendah di kalangan ibu bapa.
6.4  PELUANG
1.Jaringan perhubungan yang baik antara pihak PSS dengan BTPN, PPD, PKG serta GPM sekolah lain
2.Latar belakang keluarga yang berpendidikan rendah tetapi   mempunyai kesedaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
3.Sokongan dari pihak pengurusan,PIBG dan pihak luar.

ANALISIS SWORT  N LAGI2 KALAU NAK KENA HABAG,PANJANG SANGAT NAK LETAK








SISTEM FAIL PSS

FAIL-FAIL PUSAT SUMBER.

1.                 Fail Jawantankuasa Induk                    - Carta Organisasi 
2.          Fail Jawatankuasa Kerja                      -  Senarai AJK       
3.          Fail  Jawatankuasa Pengawas             -  Pustakawan PSS

4.          Fail Meja
-   SenaraiTugas         - Senarai Semak
-   Prosedur Kerja       - Buku Catatan Tugas Seharian

5.          Fail Invois

6.          Fail Aktiviti
-          Laporan aktiviti yang dijalankan
-          Perancangan

7.         Fail PSPN  / PKG
-          Surat keluar/masuk PSPN/PKG

8.         Fail Perkhidmatan Komputer ( Jika Perlu )

9.         Fail Surat-surat Rasmi PSS

10.            Fail Program NILAM

11.            Fail Jadual Waktu Siaran TV. Pendidikan

12.            Fail Maklumat J/K PSS - Minit mesyuarat

13.            Fail Rancangan Tahunan
-          Rancangan untuk 1 Tahun yang telah dipersetujui oleh AJK
-          Carta Gantt.
-    Perancangan strategik PSS


·                     Setiap fail ini perlu mengikut nombor Sistem Fail sekolah (rujuk di pejabat)

Jumaat, 13 Januari 2012

TUGASKU GPM

Dah mula tugas Ummi seperti tahun-tahun lalu iaitu Tugas Guru GPM,masa mengajar sikit tapi................ hanya Guru GPM yang tahu dan memahaminya.




Khamis, 12 Januari 2012

Permata hatiku

Impian ummi anak-anak ummi ;





"menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat"
                                                                         "kaya selamanya diakhirat"
"memberi bekalan untuk UMMi dan ayah Nanti "
                                                                          "obor buat Ummi dan Ayah"
"kebangaan ummi dan ayah"
                                                                            "wira agama"
"Pendokong Fardhu ain dan Fardhu kifayah"

DOA PELEMBUT HATI

Juga untuk seorg guru untuk anak didiknya,
                                   
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din