SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK JAMAT
PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT SUMBER
TAHUN 2011 - 2013
1.0 LATAR BELAKANG
Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yangberkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’.
Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.
2.0 VISI PSS CEMERLANG 2013
3.0 MISI
Menjadi pusat penggerak kecemerlangan murid-murid di sekolah.
4.0 MATLAMAT
4.1 Menjadikan PSS sebagai pusat pengerak kepada kecemerlangan sekolah
4.2 Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta menyediakan perisian pendidikan kepada
murid-murid dan guru-guru
4.3 Membentuk berbudaya ilmu dan gemar membaca dikalangan guru dan murid.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru-guru dan murid-murid.
5.2 Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran danpembelajaran.
5.3 Meningkatkan profesionalisme guru.
5.4 Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5.7 Meningkatkan jumlah penggunaan media pengajaran dalam P&P.
6.0 ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN DAN LUARAN
6.1 KEKUATAN
1.Guru pernah mengikuti kursus dan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan serta ilmu pengurusan PSS.
2. Sokongan daripada pihak pengurusan dalam pelaksanaan program PSS membolehkan pelbagai usahauntuk meningkatkan mutu perkhidmatan dapat dilaksanakan.
3. Koleksi buku-buku yang terdapat di PSS adalah koleksi terkini.
4.Sikap ingin tahu murid-murid yang tinggi dan bersemangat untuk maju.
5. PSS dilengkapi dengan keperluan asas yang agak lengkap untuk menjalankan fungsinya dan bersesuaian dengan sekolah.
6.2 KELEMAHAN
1. Tiada pembantu pustakawan yang dapat berkhidmat sepenuh masa.
2.Tahap pembacaan dan kesedaran pembelajaran berasaskan sumber di kalangan guru-guru dan murid-murid adalah rendah terutama bagi murid-murid yang lemah.
3. Guru PSS tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana turut dibebankan dengan lain-lain tugasdari Unit HEM dan Ko-Kurikulum
4. Jumlah bahan bacaan dan alat bantu mengajar belum mencapai sasaran yang ditetapkan.
5. PSS yang keluasan fizikalnya yang terhad.
6. Kemahiran penggunaan PSS yang rendah di kalangan guru-guru dan murid-murid.
7. Promosi yang kurang berkesan.
6.3 ANCAMAN
- Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan guru-guru lebih cenderung mengajar menggunakan kaedah tradisional.
2.Guru lain kurang berfungsi kerana bebanan tugas guru .
- Budaya membaca yang rendah di kalangan ibu bapa.
6.4 PELUANG
1.Jaringan perhubungan yang baik antara pihak PSS dengan BTPN, PPD, PKG serta GPM sekolah lain
2.Latar belakang keluarga yang berpendidikan rendah tetapi mempunyai kesedaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
3.Sokongan dari pihak pengurusan,PIBG dan pihak luar.
ANALISIS SWORT N LAGI2 KALAU NAK KENA HABAG,PANJANG SANGAT NAK LETAK