Sabtu, 1 April 2017

UMRAH 2017

Alhamdulillah 26/11-7/12 2016, Umi dan suami diberikan Allah peluang lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Harram Madinah dan Mekah bersama Rombongan Umrah Al-Irfan Travel.Ini merupakan peluang kedua umi.
Umi sampai cuti sekolah, rezeki time ni tak  ramai di Madinah dan di Mekah.Musim sejuk yang awalni menjadikan kita selesa ja.Sebab yang tak ramai katanya visa-visa umrah yang masih belum banyak dikeluarkan buat masa ini.

Keperluan Umrah, peringatan tak perlu bawa pakaian banyak :
Telekung 3 pasang
Baju/jubah 3 helai ... cukup sebab di sana mesti nak beli hehe
seluar panjang beroket, paling selesa seluar track sukan yang cekak di kaki
tudung sehelai pakai sehelai bawa sebab disana kita banyak mengunakan telekung saja
ubatan yg diperlukan
tuala kecil dahla sebab kat hotel disedikan dah
keperluan mandi ,,yg hotelpun ada sedia
jarum dan benang,,,yg hotel kasipun ada
kasut,sandal yg selesa untuk kita berjalan jauh
stokin 4 pasang pastikan tebal dan boleh bawa semayang
pakaian dalam
baju sejuk
botol wuuduk spry,,,disana memang sangat diperlukan ,start dalam kapal terbang kita nak guna dah








Rezeki Di Madinah kami duduk Hotel Al-Ansar 50 meter dari Masjid Nabawi, masyaallah dekat sungguh nak berulang alik ke Masjid,Masuk ikut pintu noombor 25 terus ja pintu masjid untuk orang perempuan.
Pengalaman Masuk Raudah Alhamdulillah syukur dapat berada di Raudhan Taman Syurga Tempat Mustajab Doa.

Dengan Al-Irfan perkhidmatan memuaskan , penerangan Mutawwifnya Ustaz Aswad Nasron memang terbaik. Ahli rombongan kami sangat mesra dan umpama satu keluarga.
 Syukur di Mekahpun Hotel 50 meter, Hotel Hilton Tower, berulang alik ke Masjid dekat, syukur Ibadat Umrah dapat disempurnakan, bersama pakej 3 kali selebihnya umi dan suami guna limosin,teksi dan yang syog bas 2 riyal ...
Alhamdulillah dan berazam untuk datang lagi..