Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Esok 1 Muharram 1434 H,walaupun kita bercuti perbanyakkanlah selawat agar dirahmati Allah kehidupan di tahun baru ini.
Temanya" Wassatiyyah tunggak Kesatuan Ummah", apa makna Wassatiyyah jom kita cari dan selaminya
Sebelum tu amalkan di akhir waktu asar" DOa Akhir Tahun "
Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.