Khamis, 22 Disember 2011

WARNA APA YANG ANDA SUKA

EMAS
Emas, mereka yang bercirikan emas ini mempunyai kriteria berikut. Atau dengan nama lain, mereka ialah golongan SKEMA !! Kenapa dinamakan skema? Kerana golongan ini sangat akur dengan peraturan. Kalau peraturan kata A, A la jawapan dia..

Ciri-ciri :
- Tulang belakang atau nadi sesebuah persatuan
- Berharga seperti emas
- Setia
- Rajin berusaha
- Bertanggungjawab
- Pembersih
- Sangat tersusun
- Tepati masa dan janji
- Bijak mengurus kewangan
- Mahir dalam menyimpan rekod
- Dilahirkan sebagai pemimpin
HIJAU
Hijau ialah warna yang nampak tenang. Dengan nama lain mereka ialah golongan NERD !
Nerd? Owh.. Dinamakan sedemikian sebab mereka ini memang golongan kuat study la, budak-budak bijak + dean list mungkin..

Ciri-ciri :
- Terlalu kompleks
- Menarik
- Tahap kebijaksanaan tinggi
- Berfikir di luar kotak
- Pemberi tumpuan yang baik
- Suka bertanya
- Suka berkongsi maklumat
- Suka cabaran yang melibatkan minda dan IQ
- Sasaran yang tinggi dalam kepimpina
BIRU
Biru nampak cool je kan ? Dengan bahasa kasarnya mereka ini golongan JIWANG  DAN PENGASIH
Sebab ? Jiwa mereka mudah tersentuh, simpati dan sangat mengambil berat..

Ciri-ciri :

- Berhati mulia
- Penyayang
- Mudah simpati
- Sangat fleksible
- Mudah untuk berbicara
- Sukakan kedamaian
- Seorang yang seni
- Romantik
OREN
Mereka yang bercirikan Oren nampak sempoi dan selamba.Macam rilek je atau dengan nama lain mereka niMUDAH PUNYA ORANG. Sebab mereka kalau nak mana-mana suka huru-hara ( penceria suasana ) serta tidak boleh memberi tumpuan yang lama sebab cepat bosan..

Ciri-ciri :
- Seorang yang dinamik
- Spontan
- Sukakan keseronokan
- Penceria kehidupan
- Energetik
- Penghibur
- Sukakan aktiviti fizikal
- Sukakan pembelajaran praktikal

Kita mungkin berbeza pendapat tetapi pendapat yang buruk pada kita siapa tahu ia baik bagi semua orang ? Bertoleransilah dalam komunikasi dan ingatlah kita tidak akan boleh hidup berseorangan di dunia ini.. Memerlukan orang lain untuk saling melengkapi.
BIAR KITA DIKENANG KERANA KEBAIKAN BUKAN KERANA KEBURUKAN
*nota :
- sumber dari sesi kaunseling, MRC Leadership Trainning 2010
- sumber gambar dari google images

KATA YG PERLU DIBACA BERKALI.........


Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Jumaat, 16 Disember 2011

AKTIVITI RIADAH

Hari Khamis 15 Dis ini punya aktiviti ;
1.30- Makan n mandimanda di Taman Rekriasi Bukit Wang
4.30- Riadah di Park D"Aman
5.00- Shoping kat Yawata Jitra
6.30-Makan malam Kat Restoran Buah Naga


Rabu, 14 Disember 2011

JADUAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012






Ha... jadual persekolahan untuk tahun depan dah keluar,so ada apa2 dah boleh plan dari awal,Umi tahun 2012 demam, anak PMR dan UPSR, insyallah berjaya dengan izin Nya.

MENU TENGAHARI NI.....

Umi dok cari2 nak masak apa tengahari ni time dok tunggu anak2 kat kelas Qiraati tadi,tup2 teringat betik kat belakang,lama tak buat gulai betik ngan ayam,so tengaharini jadila gulai betik ngan ayam dan jeruk buah betik, makan nasi ya allah laju......... anak2pun suka rupanya betik kat dalam gulai ni. Nak buat sama ja dengan gulai biasa tapi letak asam keping dan kerisik na............


PETUA HARIAN DI DAPUR

Tiap hari kita guna benda2 ni, tapi kadang2 ada ja yg rosak,busuk tanpa sempat kita memasaknya,maklumla kadang nak masak ada kenduri , kadang nak masak Kanda kata jom makan luar, jadi Umi nak kongsi beberapa petua,jika boleh dimanfaatkan bersama :'




1. Agar taugeh tak rosak,kalau beli letak dalam peti ais jangan biar dalam plastik yg kita beli tu, kelaurkan dan letak dalam bekas apa2 rendam dalam air, tutup bekas .insallah berminggupun taugeh tak rosak, ha teringat taugeh Umi nak buat kerabu la.
 la.
2.Nak hilangkan bau yg tak best dalam peti sejuk atau almari kat dapur Ambil beberapa helai daun pandan,kemudian diikat dan diletakkan dalam peti sejuk. InsyaAllah bau tidak diingini dalam peti sejuk akan hilang
.

3.Nak bagi gula melaka tak berair,maklumla beli jauh di melaka nu............ Untuk mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum di atas gula melaka. Kemudian, simpan gula melaka dalam bekas yang kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama.

4.Kat rumah tak ada daun ni  daun kari dan daun limau purut, selepas memasak selebihnya jangan dibuang begitu sahaja. Masukkan daun di dalam bekas kedap udara. Kemudian simpandalam peti sejuk. InsyaAllah daun itu segar harum dan boleh digunakan lagi.


5.Petua Nak halau lalat :
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Petua 2:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Petua 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yangs edang berada di meja makan anda.

Petua 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak adn tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Insyaallah, lalat pasti akan berkurangan..

Petua 5:
Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. InsyaAllah lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.


Selasa, 13 Disember 2011

 Hai harini dah 13 Dis so........tak lamadah nak start sekolah,minggu depan start kena p sekolah, tiap hari meeting, untuk peresdiaan 2012.Rasa baru sangat cutinya, adusssssss........seronoknya cuti,makan ,jalan,relax2,tido nak buat camna takkan nak cuti memanjang jadi beruang tido berbulan-bulan.

alif ba ta

Isnin, 12 Disember 2011

KOREA KOREA........

Cutini memang ruang yg sangat luas untuk Umi memanjakan diri dengan drama korea, apa lagi Maaduhttp://www.maaduu.com/u.com la............adaoi bepinau mata,sat gelak,sat sedih,tapi puaih hati walaupun dah tengok tapi dok ulang jugak kalau yg best, terkini baru habis The Snow Queen.

Sapa rasa nak tengok cerita apa2 kelik ja kat maadu tu,cari tajuk yg bekenan sure menganga nya,tapi kerja rumah buat siap2 na

PERJALANAN CUTI DIS 2011

2 HINGGA 4 YANG LALU,UMMI DAN KELUARGA TELAH BERCUTI DI THAILAND, DAERAH YG DILAWATI DANOK,HATYAI,SONGKLA,PULAU KOYO,SATUN DAN WANG KELIAN. SERONOK MAKLUMLAH JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN,BANYAK HABIS DUIT.



IKTIBAR BULAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

REZEKI KITA

Sana sini orang sibuk dok cerita pasal kenaikan gaji kakitanganawam. Itu semua rezeki kita,itu semua kurniaan ALLah,tapi jangan lupa dalam gaji naik kos kehidupan kita juga naik, barang harian naik, ikan temenu dua jari pun sekila dah RM 9, nak kata apa semua itu lumrah dunia.
Apapun terima lah seadanya kan, belanja ikut kemampuan bukan keinginan.

tengok tangga gaji yg barupun tak paham,betoi ka,apapun tunggu orang bagi maka terimalah apa saja..........
http://www.moe.gov.my/