UMMI BUAT KAD HARI GURU DAN BOLEH GUNA UNTUK SELIT PADA HADIAH YANG NAK DIBERIKAN, UMMI BUAT UNTUK ANAKNDA AUNI UMAIRAH ,MAKA UMI SHARE SAJA KOT-KOT ADA YANG BERKEHENDAK.
Selasa, 10 Mei 2016
Sabtu, 16 April 2016
SET HIASAN KELAS
BERMINAT WASAP ATAU SMS 0194414226
HANYA RM 50
ADA BAHAN BONUS
BAHAN DALAM BENTUK SOFTCOPY
( BOLEH PRINT BERULANG KALI / BOLEH EDIT )
( BOLEH PRINT BERULANG KALI / BOLEH EDIT )
SAYA HANTAR MELALUI EMIL ,ANDA PRINT SENDIRI
1. KATA-KATA BIJAK PANDAI
2. KATA MOTIVASI
3. VISI & MISI KPM
4. PERDANA MENTERI
5. ZIKIR HARIAN
BERMINAT
ANDA BAYAR SAYA HANTAR
Jumaat, 4 Mac 2016
KUNYIT OH KUNYIT
Tetiba malam ni teringat lama tak minum air kunyit ,sedap terasa diminum tambah-tambah letak dalam peti bagi sejuk. Memang besar khasiatnya ,ingat tak kalau berpantang mesti makan kunyit buat ulam, mak oi sedapnya teringat makan nasi waktu dalam pantang, almaklumla mak yang masak, ikan goreng mak yang tersedap di dunia, awat bila goreng sendiri tak sedap, itula yang dikata air tangan mak. Ok Ummi share resepi air kunyit yam yam yam....sedap...kalau nak cantik nak sihat mak bidan pesan banyak makan kunyit,,,,
CARA MEMBUAT JUS KUNYIT :
Kunyit hidup dibersihkan . Blend kunyit dengan 5 gelas air. Masuk dalam periuk, campur gula merah, letak buah manjakani,letak sikit asam jawa, letak gula putih sikit ja, rebus bagi mendidih, sejukkan dan tapis. Simpan dalam fridge. Minum ja, bismillahirrahmanirahim....
Tapi adakata kunyit bagi kurang darah betulka ?????
Isnin, 1 Februari 2016
PROGRAM i-THINK & 8 PEMIKIRAN PETA i-THINK
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
.
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Jumaat, 1 Januari 2016
JOM BERSAMA UMMI DI FB YCYC, sesapa yang belom join jom join , tak rugi macam-macam ada, semuanya free
Kat sini banyak bahan free
https://www.facebook.com/groups/yangcomeyyangcute/
Kat sini banyak bahan free
https://www.facebook.com/groups/yangcomeyyangcute/
Selasa, 8 Disember 2015
FLOTING MARKET
Dah tambah kemas dan teratur
setiap hari Khamis Jumaat sabtu
5 petang hingga ke malam
Banyak makanan muslim jangan bimbang yg pelik-pelikpun banyak
setiap hari Khamis Jumaat sabtu
5 petang hingga ke malam
Banyak makanan muslim jangan bimbang yg pelik-pelikpun banyak
CHANG PUAK CAMP
CHANG PUAK CAMP (4.12.2015)
Tempat ni x jauh dari bandaraya Hatyai, tempat pertunjukan Gajah, nak masuk dikenakan bayaran.
Tempat ni x jauh dari bandaraya Hatyai, tempat pertunjukan Gajah, nak masuk dikenakan bayaran.
ARMANA RESORT
Kami kembali lagi bercanda di armana Resort, Lalu kot Sempadan Durian Burung, Ban Prakop lalu Pekan Natawi Lalu Pekan Canaa( Chanok) baru sampai ,
Khamis, 22 Oktober 2015
BERSAMA AIN MAISARAH
Alhamdulillah akhirnya 13.10.2015 terlaksana usaha untuk membawa Ain Maisarah ke SKWAS. Seorang yang patut dicontohi dengan usaha yang membuahkan hasil yang lumayan. Memang enjoy bertemu dengannya apa lagi membaca hasilanya, seronok ...........
Ahad, 4 Oktober 2015
JEREBU DAN KESANNYA
Esok 5 dan 6 oktober telah diumumkan sebagai hari cuti untuk sekolah di Negeri Kedah akibat ancaman jerebu yang semakin menunjukkan catatan bacaan IPU semakin meningkat.
Antara kesan jerebu yang melanda ialah :
Antara Kesan Jerebu Di Malaysia adalah:
1. Jarak Penglihatan Menjadi Semakin Terhad
Jarak penglihatan anda menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu telah menghalang pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke bumi. Ia sekaligus menghadkan penglihatan kita yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.Bahkan ia turut membuatkan mata terasa pedih dan berair kerana di sekeliling anda dipenuhi dengan gas beracun dan berbahaya untuk kesihatan.
2. Sesak Nafas
Molekul-molekul yang terdapat pada udara mempunyai gas-gas beracun yang tidak elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada sesiapa yang mengalami masalah asma. Mereka mungkin akan mengalami masalah sesak nafas.
3. Hidung Berair Dan Bersin
Hidung kita adalah saluran utama saluran pernafasan pada manusia. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika jerebu, dikhuatiri ia akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara-udara beracun, seterusnya menyebabkan hidung berair sehingga mendatangkan selesema dan juga bersin.
Baca Juga: Punca Sebenar Hidung Tersumbat
Terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang mungkin akan terkena kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu iaitu:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Gatal mata.
• Terasa sakit dada.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Gatal mata.
• Terasa sakit dada.
Langkah yang Perlu Diambil Untuk Mengelakkan Kesan Jerebu Di Malaysia adalah:
Jerebu jelas memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelak daripada terkena penyakit yang disebabkan oleh jerebu. Pelbagai langkah yang perlu diambil ketika dilanda jerebu untuk memastikan kesihatan kekal terjamin.
Antaranya langkah yang boleh diambil ialah:
1. Sentiasa memakai topeng keselamatan, terutama yang menaiki motosikal kerana terdedah dengan udara kotor dan juga berbahaya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kita menyedut udara yang tidak sihat.
2. Pada sesiapa yang menghidapi penyakit batuk dan selesema, batuk, asma, sakit mata, kesesakan nafas, sakit paru-paru atau sakit jantung yang kronik, dinasihati supaya anda segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau langkah pencegahan kerana anda mudah terdedah kepada simptom jerebu.
Baca Juga: Petua Merawat Selsema
3. Kurangkan melakukan aktiviti luaran. Risiko kesihatan anda terjejas adalah tinggi dan anda disarankan menghabiskan masa duduk di rumah atau pejabat sahaja.
4. Amalkan meminum air putih dengan kuantiti yang banyak, iaitu sebanyak 8 gelas air mineral sehari. Ia bagi memastikan air terus membekalkan oksigen di dalam badan dan mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi.
5. Apabila melakukan aktiviti luar, pastikan anda kerap membersihkan wajah dan kulit anda agar dapat mengelakkan daripada terkena masalah kulit akibat jerebu.
6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok di luar rumah kerana dengan bahana anda menghisap rokok, dicampurkan lagi dengan udara tidak sihat pada jerebu ia akan mengakibatkan kesihatan anda akan merosot dengan mendadak.
#Dilarang juga menghisap rokok berhampiran dengan isteri dan juga anak-anak anda kerana ia membuatkan mereka lebih mudah mereka terdedah kepada masalah kesihatan.
Baca Juga: Tips Berhenti Merokok
7. Jika kenderaan anda mempunyai penghawa dingin, pasangkan hawa dingin tersebut bagi memastikan suhu badan dalam keadaan normal.
8. Sentiasa menyusukan bayi kerana dipercayai susu dapat membekalkan antibodi pada bayi sekaligus dapat membina kekuatan imuniti pada bayi itu dan sukar untuk bayi tersebut terkena penyakit.
Baca Juga: 9 Jenis Makanan Memperbanyakkan Air Susu
9. Batalkan segala percutian anda. Tujuan anda untuk bercuti adalah untuk melapangkan fikiran dan menghilangkan segala stress ketika bercuti, bukan untuk ‘menempah’ sakit.
Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan anda ketika jerebu. Kesihatan anda lebih penting dan mahal dari segalanya, termasuk wang ringgit. Pastikan orang tersayang dan terdekat dengan anda juga patuh dan mengamalkan gaya hidup yang betul ketika jerebu. Bataskan pergerakan di luar. Semoga masalah jerebu dan kemarau ini tidak akan berterusan dalam tempoh masa yang panjang.
Ahad, 27 September 2015
Langgan:
Ulasan (Atom)




































