Jumaat, 15 Jun 2012

ISRA DAN MIKRAJ

  
21 Jun 2012,kita bercuti Sempena Peristiwa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui Isra dan Mikraj.

Tahun itu adalah Tahun dukacita buat Junjungan Baginda kerana kehilangan dua orang yg amat rapat dengannya iaitu isterinya Ummul Khadijah binti Khuailid dan Nendanya Abdul Mutalib. Baginda di Isra dan Mikrajkan pada ketika baginda berdukacita dan banyak peristiwa yang menjadi titik tolak bermula dari perjalanan bagin Rasulullullah yang hanya satu malam melepasi jangkauan pemikiran manusia biasa.

Ummi ingin mengorek semula cerita2 peristiwa ini buat peringatan kita bersama :
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

-Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
-.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; 

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke
 Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html

Khamis, 14 Jun 2012




"... Apabila memandang seseorang, pandanglah pada kebaikan yang ada pada dirinya walaupun dia hanya ada 1 kebaikan dan 99 kejahatan. Apabila memandang diri sendiri, pandanglah kejahatan yang ada pada kita walaupun kita hanya ada 1 kejahatan dan 99 kebaikan ..."

Ya Allah bila diingatkan kematian tiada apa lagi yg dicita-citakan,mati segala anganan kerana kematian yang kita tahu pasti kita akan tempuh tidak kita ketahui jam,minit dan saatnya.............

Saat ikatan kepala di bukakan..
saat ikatan kaki di longgarkan..
saat wajah diciumkan ke tanah..
saat sekujur tubuh di arahkan ke kiblat..
saat dinding papan di tutupkan..
saat tanah di kambuskan..
saat mulai kegelapan..
saat mulai di tinggalkan..
saat mulai talkin dibacakan..
saat mulai teman-teman..sanak saudara
pulang.. meninggalkan kita yg mulai sendirian..
saat menanti mungkar nangkir tiba..
saat itu.. bagaimanakah kita..
apakah kita telah bersedia..
apakah kita telah punya jawapan
pada setiap soal bicara
yang terus akan ditanya..
saatnya kita telah kembali kepada-Nya...


Ya Allah jadikan hidup dan matiku Hanya KeranaMU
 
12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.


5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.


6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.


11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Rabu, 13 Jun 2012

Anuar Zain - Sedetik Lebih (Lirik)

MENDALAM MAKNA YANG TERSIRAT

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu











" KETAHUILAH BAHAWA AMALAN YANG DISUKAI ALLAH ADALAH AMALAN YANG BERTERUSAN WALAUPUN DILAKUKAN SEDIKIT "           
 

Ahad, 10 Jun 2012

UJI MINDA

Image

 Cuba telitikan

Image
Apa yg ada............



Apa yg anda nampak,,,,,,,,,,,,



Berapa orang ada dalam gambar ini...........







Lihat gambar di atas..
1- Fokuskan pada titik hitam bulat yang terletak di tengah-tengah gambar tersebut lebih kurang 30 saat (kalau screen PC anda bukan jenis LCD jangan tengok lama-lama)

2- kemudian kedip-kedipkan mata anda pada permukaan rata seperti dinding, meja, alamari atau sebagainya

3- Apa anda nampak? sekiranya anda tidak nampak gambar sesiapa pada dinding atau meja tersebut, ini menandakan tahap kefokusan anda rendah

POSTER MOTIVASI











http://syibbannada.wordpress.com/poster-motivasi/






Sabtu, 9 Jun 2012

DAH HABIS HOLIDAY...............

Dah habis cuti dua minggu, esok semua orang akan ke sekolah seperti biasa, jadi Ummi hari ini adalah last day untuk siapkan baju2 sekolah untuk di iron siap2.
Selamat bertugas pada para ibu seperti biasa


Jumaat, 8 Jun 2012

KAABAH DAN 15 KEISTIMEWAANNYA YG TERSEMBUNYI



   Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

, zaidimokhtar.com

Orang yang pemaaf akan dapat tidur
di katilnya dengan nyenyak dan tenang, sedangkan.....
 Orang yang hanya membela dirinya tiada henti berfikir cara untuk membela dirinya sahaja,
Cara apa yang akan digunakan dan jalan apa yang akan ditempuhi.
Sebelum tidur marilah 
kita memaafkan semua orang

Khamis, 7 Jun 2012

RANTING CINTA...............


Suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya tentang CINTA , gurunya berkata :
“ masuklah ke dalam hutan dan carilah ranting  yang padamu sangat cantik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke hadapan dan jangan sekali berundur kebelakang.Kemudian keluarlah kau dari hutan itu ”
Maka masuklah si anak murid  dan ia keluar semula tanpa membawa sebatang rantingpun dan gurunya bertanya kenapa?.......
“ Sebenarnya saya telah menemui ranting yang sangat cantik tetapi meninggalkannya kerana merasakan ada yang lebih cantik di hadapan sana,rupa-rupanya saya tersilap apa yang saya temui tadi adalah yang tercantik tetapi saya tidak lagi boleh berpatah balik, akhirnya saya keluar tanpa membawa apa-apa”
Maka gurunya berkata itulah namanya CINTA

SEBENARNYA BARU HABIS BACA "RANTING CINTA SI PLUTO "
 NORHAYATI BERATIM - 4*

MAAFKANLAH....................

♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa  menanggung  KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..
memaafkan itu lebih baik dripada berdendam..kerana dendam itu hanya menambah menyakitkan hati yang telah disakiti....
PROGRAM MOTIVASI DI PENDANG LAKE RESORT
3-5 JUN 2012
UMMI JADI PENGACARA MAJLIS.LASTNYA UMMI YANG "LENCUN "

MEREKA SERING BERGADUH ,
MEREKA SERING BERTELAHAH
TAPI BILA HATI BERKATA 
MAAFKANLAH.............


 
 

Rabu, 6 Jun 2012

السلا م عليكم


اكو ممينتا فد توهن ستاغكاي بوغا سكر,
 اي بري ككتوس بردوري .
اكو ممينتا كوفو-كوفو,
 دبريث اولت بربولو . اكو سديه دان كخيوا .
نامون كمودين , ككتوس ايت بربوغا اينده سكالي دان اولت فولا منجادي كوفو-كوفو يغ جنتيق سكالي .          
ايتوله جالن توهن . توهن تيدق ممبري اف يغ كيت هارفكن , تتافي ممبري اف يغ كيت فرلوكن .
كادغ كالا كيت سديه دان كخيوا دان ترلوك . تتافي سبنرث الله تله مغاتور سكالاث بوات كيت سباكي همباث .

Ahad, 3 Jun 2012

BARU 16 TAHUN.........



2 Jun 2012- Ulang Tahun perkahwinan ke 16 bersamaan Cuti  Hari Keputeraan Agung
Rasa macam baru saja, rupanya dah 16 tahun perkahwinan Ummi ,la rasanya macam baru saja sedag2 anak2 dah besaq2 ,syukur Ya allah diberikah kehidupan berkeluarga yang bahagia.
Kalau ada tak puas hati sesekali biasalah, tapi sebenarnya banyak benda yg kadang2 kalau tak puashati kita buat dek.....ja ,lastnya akan selesai dan, bila dah reda kita sembang2 baru jumpa sebab musabab.

Dengan anak2 syukur, sihat, cerdas, cerdik dan  tidak menyusahkan zahir dan batin, betullah ajaran Rasullullah anak2 makin dewasa kita kena berkawan dan tegur,memang sesekali kita marah tapi bila kita marah beri sebab dan contoh yang yang mudah difahami. Beri kepercayaan pada anak2 jangan semua benda asyik tak boleh.

Betullah keredhaan ibubapa adalah kunci kebahagiaan, walaupun Ummi berkahwin atas dasar dan pilihan keluarga, segalanya lancar dan syukur, elok semuanya. Cinta selepas kahwin memang seronok dan kita akan buat yang teraik sebab kita baru nak mengenali antara satu, hormat dan takutkan suami ada caranya, tak ber hang aku, jauh sekali tuding menuding, bercakap dengan nada suara yang sepatutnya, walaupun sesekali rasa nak marah dan geram tapi ,kita ingat segala amalan kita tak ada apa kalau kita melawan suami yang taat dan patuh pada Allah.


Syukur alhamdulihhal, Ya Allah kekalkan kebahagiaan ini, lindungilah kami dunia dan akhirat.

Di Rumah Sri Embun Kedah
Percutian Pantai Sarmila Songkla Thailand

  
Di Padang Arafah Jabbal rahmah

  
Percutian Cameron Highland

 
 Percutian ICT

 
Di Hadapan Masjidil Nabawi Madinah

Di Dalam Masjidil Harram Makkah 


Beriadah waktu petang