Ahad, 31 Mac 2013

APRIL FOOL

JANGAN MAIN APRIL FOOL SEBAB :

  • perbuatan ini sia-sia dan menampakkan kebodohan kita apabila melakukannya.
  • perbuatan ini memperlihatkan kita mengagungkan budaya barat seperti Hari Kekasih.
  • perbuatan in bertentangan dengan akidah :
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda:“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html#ixzz2P7n53Yis