Ahad, 31 Mac 2013

APRIL FOOL

JANGAN MAIN APRIL FOOL SEBAB :

  • perbuatan ini sia-sia dan menampakkan kebodohan kita apabila melakukannya.
  • perbuatan ini memperlihatkan kita mengagungkan budaya barat seperti Hari Kekasih.
  • perbuatan in bertentangan dengan akidah :
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda:“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html#ixzz2P7n53Yis

SUAMI OH SUAMI


Jom kita baca sambil2 tu kita sembang-sembang dengan suami kadang-kadang walaupun kita sembang secara santai tapi ada juga yg terkesannya,kita tak boleh serius sebab memang telah ditakdirkan orang lelaki memang mudah dan simpel,kita redha dan terima dan bersyukur sebab ada suami dan ditakdirkan mendapat pahala dengan berkhidmat kepada suami.

Meh tengok................

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali lebih baik.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

sumber : Dato Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah

ANAK OH ANAK

Dah tinggal dua orang ,yang dua dah balik asrama sebab harini dah start sekolah setelah bercuti seminggu,memang sunyi sebab x dak yg nak gaduh n ngusik adik2,yang tinggalpun masing2 buat hal,memang bila dah besar anak2 kita makin sunyi maklumlah masing2 dah buat kerja x ada yg nak merengek-rengek.

Jom kita baca tentang SABDA RASULULLAH SAW mengenai anak-anak :

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.


3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.


7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.



Rabu, 13 Mac 2013

PETUA UNTUK KECEMERLANGAN

PETUA UNTUK KECEMERLANGAN SEBENARNYA MUDAH, ALA SEMUDAH

A B C D
A -Allah segalanya.
          Azam dan cita-cita mesti ada
          Aim pastinya ada barulah kita tahu apa yg nak dicapai


B -Buat apa yg kita nak capai itu jangan dok saja
         " rezeki tak  datang bergolek "
          Bertindak ,cari jalan ,cari cara,cari peluang,
          cari orang untuk ajar
          

C - Cemerlang pasti kita gapai jika segalanya
            telah kita lakukan.


D- Tetapi jangan lupa pasti kita akan diuji.



Sumber : Encik Fazil bin Ahmad,Pensyarah IAB Utara

HARI KE 2 DI IAB

SERONOK SEBAB HARI INI BELAJAR
 LAGI BAB BLOG

Selasa, 12 Mac 2013

KURSUS DI IAB

HARI 1 DI IAB
KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN DI IAB UTARA
11 HINGGA 14 MAC 2013

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI WEB  KLIK SINI IAB 





 


FASILITI YANG DISEDIAKAN MEMUASKAN



KAWAN-KAWAN KURSUS


MAKMAL KOMPUTER YANG SELESA DAN LENGKAP 
TENAGA PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN
EN FAZIL


TUAN HJ ZAMRI


MAILA RUGI TAK MAI.......................



Jumaat, 8 Mac 2013

SELAMAT HARI WANITA 2013

[womenday[5].gif]

8 Mac muncul lagi,Ummi tak ingatpun ,yg ingat bila pagi tadi Radia Hot FM dok sebut, rasa baru ja tahun lepas Ummi letak gambar ni,tahun ni letak lagi.

Ha ha anda yang mana satu di atas , apa pun ok la.......
Kita ni bersyukur banyak dijadikan wanita sebab tiap hari kitalah yang memulakan hari dan menutup hari,sebab kita yang start buka pintu,tingkap dan kitalah juga yang tutup pintu tingkap dan yang penting check betulka pintu-pintu telah dikunci sebelum tidur malam.
Anak2pun apa2 cari kita dulu,walaupun diaorang rapat dengan ayah,kalau dok kat hostel sure call mak ,kalau ayah angkatpun nak cakap dengan mak,betoi dak !.

Dalam keluarga pun kita jugalah jadi jurucakap dan pakar runding,sebab kita idea banyak walaupun sebenarnya Allah jadikan Kaum Adam yang pandai tapi selalunya Kaum Hawa yang tunjuk pandai.

Kaum adam ada 9 akal 1 nafsu ,sedangkan Kaum Hawa 9 nafsu 1 ja akal, maka gunakanlah sebaiknya.

Kelebihan wanita  dalam Islam yang Ummi jumpa,tapi sebenarnya ada banyak lagi.......


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api

Kalau dalam bekerja.............

 
1. Perempuan lebih cepat tertekan sebab nak siapkan jugak walau apa jadi..
2. Serius dalam bekerja walaupun pot pet pot pet.
3.Kalau jadi bos besar,selalu orang kata "bos pompuan ka ! macam mana, ok pa............

APAPUN BERBANGGALAH DAN BERSYUKURLAH MENJADI WANITA......



Isnin, 4 Mac 2013

SUKAKAN KRAF

SESIAPA YG SUKAKAN BARANG2 KRAF,SAMAADA NAK MENDAPATKAN BARANG ATAU NAK BELAJAR ,BOLEH TENGOK DARI LIN HANDMADE.

SERONOK TENGOK DAN ADA MACAM2