Harga Tiket Dewasa 400 Bath kanak-kanak 300 Bath
Selasa, 8 Disember 2015
CHANG PUAK CAMP
CHANG PUAK CAMP (4.12.2015)
Tempat ni x jauh dari bandaraya Hatyai, tempat pertunjukan Gajah, nak masuk dikenakan bayaran.
Tempat ni x jauh dari bandaraya Hatyai, tempat pertunjukan Gajah, nak masuk dikenakan bayaran.
ARMANA RESORT
Kami kembali lagi bercanda di armana Resort, Lalu kot Sempadan Durian Burung, Ban Prakop lalu Pekan Natawi Lalu Pekan Canaa( Chanok) baru sampai ,
Khamis, 22 Oktober 2015
BERSAMA AIN MAISARAH
Alhamdulillah akhirnya 13.10.2015 terlaksana usaha untuk membawa Ain Maisarah ke SKWAS. Seorang yang patut dicontohi dengan usaha yang membuahkan hasil yang lumayan. Memang enjoy bertemu dengannya apa lagi membaca hasilanya, seronok ...........
Ahad, 4 Oktober 2015
JEREBU DAN KESANNYA
Esok 5 dan 6 oktober telah diumumkan sebagai hari cuti untuk sekolah di Negeri Kedah akibat ancaman jerebu yang semakin menunjukkan catatan bacaan IPU semakin meningkat.
Antara kesan jerebu yang melanda ialah :
Antara Kesan Jerebu Di Malaysia adalah:
1. Jarak Penglihatan Menjadi Semakin Terhad
Jarak penglihatan anda menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu telah menghalang pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke bumi. Ia sekaligus menghadkan penglihatan kita yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.Bahkan ia turut membuatkan mata terasa pedih dan berair kerana di sekeliling anda dipenuhi dengan gas beracun dan berbahaya untuk kesihatan.
2. Sesak Nafas
Molekul-molekul yang terdapat pada udara mempunyai gas-gas beracun yang tidak elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada sesiapa yang mengalami masalah asma. Mereka mungkin akan mengalami masalah sesak nafas.
3. Hidung Berair Dan Bersin
Hidung kita adalah saluran utama saluran pernafasan pada manusia. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika jerebu, dikhuatiri ia akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara-udara beracun, seterusnya menyebabkan hidung berair sehingga mendatangkan selesema dan juga bersin.
Baca Juga: Punca Sebenar Hidung Tersumbat
Terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang mungkin akan terkena kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu iaitu:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Gatal mata.
• Terasa sakit dada.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Gatal mata.
• Terasa sakit dada.
Langkah yang Perlu Diambil Untuk Mengelakkan Kesan Jerebu Di Malaysia adalah:
Jerebu jelas memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelak daripada terkena penyakit yang disebabkan oleh jerebu. Pelbagai langkah yang perlu diambil ketika dilanda jerebu untuk memastikan kesihatan kekal terjamin.
Antaranya langkah yang boleh diambil ialah:
1. Sentiasa memakai topeng keselamatan, terutama yang menaiki motosikal kerana terdedah dengan udara kotor dan juga berbahaya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kita menyedut udara yang tidak sihat.
2. Pada sesiapa yang menghidapi penyakit batuk dan selesema, batuk, asma, sakit mata, kesesakan nafas, sakit paru-paru atau sakit jantung yang kronik, dinasihati supaya anda segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau langkah pencegahan kerana anda mudah terdedah kepada simptom jerebu.
Baca Juga: Petua Merawat Selsema
3. Kurangkan melakukan aktiviti luaran. Risiko kesihatan anda terjejas adalah tinggi dan anda disarankan menghabiskan masa duduk di rumah atau pejabat sahaja.
4. Amalkan meminum air putih dengan kuantiti yang banyak, iaitu sebanyak 8 gelas air mineral sehari. Ia bagi memastikan air terus membekalkan oksigen di dalam badan dan mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi.
5. Apabila melakukan aktiviti luar, pastikan anda kerap membersihkan wajah dan kulit anda agar dapat mengelakkan daripada terkena masalah kulit akibat jerebu.
6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok di luar rumah kerana dengan bahana anda menghisap rokok, dicampurkan lagi dengan udara tidak sihat pada jerebu ia akan mengakibatkan kesihatan anda akan merosot dengan mendadak.
#Dilarang juga menghisap rokok berhampiran dengan isteri dan juga anak-anak anda kerana ia membuatkan mereka lebih mudah mereka terdedah kepada masalah kesihatan.
Baca Juga: Tips Berhenti Merokok
7. Jika kenderaan anda mempunyai penghawa dingin, pasangkan hawa dingin tersebut bagi memastikan suhu badan dalam keadaan normal.
8. Sentiasa menyusukan bayi kerana dipercayai susu dapat membekalkan antibodi pada bayi sekaligus dapat membina kekuatan imuniti pada bayi itu dan sukar untuk bayi tersebut terkena penyakit.
Baca Juga: 9 Jenis Makanan Memperbanyakkan Air Susu
9. Batalkan segala percutian anda. Tujuan anda untuk bercuti adalah untuk melapangkan fikiran dan menghilangkan segala stress ketika bercuti, bukan untuk ‘menempah’ sakit.
Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan anda ketika jerebu. Kesihatan anda lebih penting dan mahal dari segalanya, termasuk wang ringgit. Pastikan orang tersayang dan terdekat dengan anda juga patuh dan mengamalkan gaya hidup yang betul ketika jerebu. Bataskan pergerakan di luar. Semoga masalah jerebu dan kemarau ini tidak akan berterusan dalam tempoh masa yang panjang.
Ahad, 27 September 2015
Selasa, 4 Ogos 2015
KAD HURUF ABC DAN ALIF BA TA COMEL
SOFTCOPY ( print sendiri )
SET KAD HURUF ABC HURUF BESAR
SET KAD huruf abc huruf kecil
SET KAD HURUF HIJAIYYAH ا ب ت
CUMA RM 15
SENANG DAN MUDAH BAYARANNYA BOLEH SECARA BANKIN ATAU TOPUP KREDIT TELEFON
BERMINAT WASSAP/SMS 019-4414226
ANDA BAYAR SAYA HANTAR DI EMIL
SET KAD HURUF ABC HURUF BESAR
SET KAD huruf abc huruf kecil
SET KAD HURUF HIJAIYYAH ا ب ت
CUMA RM 15
SENANG DAN MUDAH BAYARANNYA BOLEH SECARA BANKIN ATAU TOPUP KREDIT TELEFON
BERMINAT WASSAP/SMS 019-4414226
ANDA BAYAR SAYA HANTAR DI EMIL
Selasa, 7 Julai 2015
KAWAN.SAHABAT@ TEMAN
SAHABAT,TEMAN DUNIA YANG ABADI
MOGA DI AKHIRAT JUGA MENJADI PENEMANKU
TERIMA KASIH KEKASIHKU ABADI
KALIAN KAWAN YANG MEWARNAI KEHIDUPAN
Ahad, 28 Jun 2015
PERCUTIAN PANTAI SAKOM
SAKOM BEACH THAILAND
ARMANA PACIFIC BEACH RESORT
seronok sangat ,7 famili dengan 7 buat kereta bergerak dari rumah Ummi ,kami masuk melalui Sempadan durain Burung ataupun Ban Prakop.
Percutian di Pantai Sakom ,memang best n happy sesangat.Chalet pun murah ja, suasana pantai yang bersih dan tumpuan keluarga tiada perkara yang menjolok mata,kawasan inin adalah kawasan resort Islam.
ARMANA PACIFIC BEACH RESORT
seronok sangat ,7 famili dengan 7 buat kereta bergerak dari rumah Ummi ,kami masuk melalui Sempadan durain Burung ataupun Ban Prakop.
Percutian di Pantai Sakom ,memang best n happy sesangat.Chalet pun murah ja, suasana pantai yang bersih dan tumpuan keluarga tiada perkara yang menjolok mata,kawasan inin adalah kawasan resort Islam.
Sabtu, 23 Mei 2015
PERKARA YANG MEMPENGARUHI TUBUH BADAN KITA
so jangan stressssssssss
1. Menonton TV
Kita semua tahu bahwa duduk berjam-jam di depan TV tidaklah baik untuk pinggang. Tetapi Anda mungkin tidak tahu bahwa hal itu juga memendek hidup Anda. Pengkaji dari University of Queensland menemui, setiap jam yang dihabiskan di depan TV mengurangi umur Anda 22 minit. Kajian lanjut juga menemui bahwa menonton TV boleh menambah risiko terkena penyakit Alzheimer.
2. Minum dari botol dengan penyedut (straw)
Anda mungkin tahu, apa yang diminum mempengaruhi penampilan anda, tapi Anda mungkin terkejut bahwa minuman boleh mempengaruhi umur Anda. Kenyataannya minum dengan penyedut (straw) dan langsung dari botol menyebabkan mulut mengerut — dan oleh karena itu akan menimbulkan kedutan yang sama di sekitar mulut (sama seperti merokok). Minumlah terus dari gelas sperti biasa untuk menghindari kedutan pada mulut.
3. Terlalu sedikit (atau banyak) berbersukan
Kurang bersukan tidak hanya memendekkan umur, tapi juga menambah risiko kegemukan dan sakit jantung. Bersukan juga mencegah penyakit Alzheimer, membuat perasaan baik sehingga merasa cergas dan bertenaga. Bersukan juga meningkatkan peredaran darah ke kulit dan membuat anda tetap bercahaya dan kelihatan muda. Sebaliknya, jika terlalu banyak bersukan membuat sendi kaku dan menambah risiko radang sendi.
4. Pemanas/pendingin hawa
Kita menghabiskan wang untuk membeli produk anti-penuaan, sebaliknya penyebab kulit cepat tua tanpa disedari. Pemanas dan pendingin hawa berpusat yang banyak digunakan boleh membuat kulit kering dengan cepat — menyebabkan penuaan awal dan kedutan. Cuba rendahkah suhu pemanas/pendigin hawa, gunakan pakaian pelapis agar lebih hangat. Menyimpan segelas air dalam ruangan juga boleh membantu menambah kelembapan udara, dan memakai krim wajah untuk mencegah kekeringan.
5. Gula
Pengambilan gula terlalu banyak adalah tidak baik untuk lingkaran pinggang kita, namun ternyata gula ada di tahap yang sama dengan rokok dan matahari jika dikaitkan punca penyebab kedutan pada kulit. Ketika tahap gula darah tinggi, proses yang disebut glikasi merosakan kolagen dalam kulit. Sebaik rosak kolagen yang lembut berubah menjadi keras, yang berujung pada kedutan kulit.
6. Mendengar iPod
Kehilangan pendengaran adalah gejala umum penuaan, tapi sebagian dari kita kehilangan pendengaran kerana mendengarkan musik yang telalu keras melalui headphone. Walaupun mendengar musik dengan volume sederhana tidak menimbulkan kerasakan yang serius, satu kajian menunjukkan bahwa mendengar musik boleh memengaruhi pendengaran untuk sementara waktu, sementara sebagian pengkaji lain mengatakan mendengar musik yang terlalu keras boleh menyebabkan kerosakan pendengaran kekal.
7. Pekerjaan Anda
Walaupun mempunyai pekerjaan adalah keharusan bagi sebahagian dari kita, ini juga salah satu penyebab penuaan diri. Pertama, pekerjaan adalah sumber stres bagi banyak orang, yang dapat menyebabkan serangan jantung dan pemercepat penuaan sel. Kedua, menghabiskan terlalu banyak waktu di tempat kerja membuat Anda punya sedikit waktu untuk latihan, makan makanan sihat dan tidur. Untuk mengurangi risiko, hindari waktu kerja yang terlalu panjang dan manfaatkan waktu malam dan akhir pekan Anda untuk bersantai.
8. Sabun
Anda mungkin berfikir sabun adalah bahan terbaik untuk kulit, ini tidak benar. Alasannya adalah kulit mempunyai lapisan berasid yang merupakan pelindung semulajadi. Ketika membersihkan kulit dengan sabun — yang umumnya mengandung alkali — akan membuang lapisan pelindung yang mengandung minyak tersebut akan mengeringkan kulit, yang menyebabkan kulit berkedut. Cubalah sabun dengan PH-neutral dan sabun tanpa bahan kimia, dan perlu diingat, jangan berlebihan membersihkan kulit.
9. Sarung bantal
Anda mungkin berfikir untuk memanjakan kecantikan ketika tidur di malam hari, perkara ini boleh jadi tidak benar. Jika Anda sering tidur dengan salah satu sisi wajah yang sama, ini boleh menyebakan penambahan garis wajah dan kedutan. Untuk tetap kelihatan muda, cubalah tidur telentang, atau mengganti sarung bantal dengan sutra atau satin untuk mengurangi tekanan pada wajah dan menjaga kelembapan kulit wajah.
10. Diet rendah lemak
Banyak dari kita beralih ke diet rendah lemak untuk mengurangi berat badan. Tetapi mengurangi makan seperti lemak sehat Omega-3 boleh mengkesankan negatif dan membuat anda cepat tua. Omega-3 terdapat dalam minyak ikan, kacang kenari, dan biji-bijian, tidak hanya penting untuk menjaga kulit kekal lembut dan bebas kedutan, tapi juga penting untuk kesehatan otak dan membuat jantung dalam keadaan sihat dan juga memanjang umur.
Langgan:
Catatan (Atom)










































