Rabu, 2 Mei 2012

AKU SEORANG GURU

Lagu yang akan Ummi nyanyikan setiap tahun pada 16 Mei untuk sambutan hari guru, tapi setiap tahun juga pasti Ummi sebak untuk menghabiskannya.
Paling Ummi tak boleh lupa kali pertama nyanyi lagu ni  terasa memang untuk diri sendiri time Minggu Orentasi Kat Maktab MPIP tahun 1992, dalam dewan tu memang meleleh habis, mula-mula tak nak jadi cikgu, tapi sebab ayah yang isi borang Ummi turutkan juga, frust memang frust tak leh jejak kaki kat u macam member2 lain.
Tapi memang betulla redha mak ayah adalah segalanya, syukur kini aku memang guru sebenar,u juga telah aku jejaki ,walaupun lambat bertapak2 dr kawan2 lain tapi aku dah berjaya,  moga pahala ini mengalir untuk mak ayah dan guru2 ku.
 Bila difikir2 balik kalau tak jadi cikgu nak jadi apa, bila sedar balik memang aku born to be a teacher.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

    
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad        
 











                                                                                                                                      








                      

SIAPA KITA, SIAPA DIA ,KENALI MELALUI TULISAN

 

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat : Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Maka dia adalah seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

ii. Tekanan yang ringan : Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Dia adalah seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat : Semua huruf ditulis dengan bulat. Dia adalah seorang yang emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper. Tulisan yang angular dan sharp. Dia adalah seorang yang rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).
Kesimpulannya adalah melalui tulisan kita dapat mengetahui personaliti seseorang. Tulisan yang ditulis itu menterjemahkan apa yang ada pada diri kita. Adakah kita seorang yang ………..jika dilihat kepada kategori di atas, anda tergolong di dalam ketegori yang mana ??

http://www.fadzilahkamsah.com/ 

KITA GURU JENIS MANA...................

Pertama, ‘GURU ROBOT’,
 Iaitu guru yang bekerja persis seperti robot. Mereka hanya masuk, mengajar, lalu pulang. 
"tak yah dok susah2 ngajar ja ,cukup bulan dapat gaji jugak "
“Wah …itu bukan masalahku…itu masalah kamu. Jadi selesaikan sendiri ….” Atau
“Maaf aku tidak dapat membantu … sebab hal ini bukan tugas saya…”.

Kedua, ‘GURU MATERIALISTIK’, 
Iaitu guru yang selalu melakukan menghitung dan berkira.
" Buat takat gaji yg dapat dahla......"
" Kerja pagi ja, petang,sabbtu sori I ada bisnes lain "


Ketiga, ‘GURUNYA MANUSIA’, 
Iaitu guru yang mempunyai keikhlasan dalam hal mengajar dan belajar. Guru yang mempunyai keyakinan bahwa target pekerjaannya adalah membuat para pelajar dan anak muridnya  menjadi manusia. Guru yang ikhlas. Guru yang berusaha meluangkan waktu untuk belajar. Sebab mereka sedar, profesi guru adalah makhluk yang tidak boleh berhenti untuk belajar. Guru yang keinginannya kuat dan serius ketika mengikuti kursus atau latihan yang disampaikan.