Selasa, 21 Jun 2016

SAKITNYA...........Bahagian 1

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
Ya Allah apa yang mampu Ummi buat melaikan suruh bersabar kembali kepada Allah.
"Dah berbelas tahun Bib aku hidup dengan dia, asal aku sebut saja bab nafkah pasti aku akan jadi habuannya , aku pasti dihentam semahu-mahunya, aku sabar ,konon nak jadi seperti Asiah isteri Firaun."
Ya Allah , sabarnya " Selamani aku berlakon macam tak ada apa yang berlaku , aku sabag tapi hari ini terang-terang lebam di kiri kanan pipi " , mana lagi nak sorok, kawan-kawan tanya aku kata kena rekat badminton, haha, sapa percaya, semua orang tak percaya, aku tahu, tapi apa yang boleh aku buat, aku tekad Bib kalini aku nak ke mahkamah :
Ummi menjadi pendengar setia, tak sangka, tekejut, si suami yang dimata kasar terbaik punyala hensom rupanya, lemah lembut dengan kawan-kawan rupanya selama ini menjadi onar buat isterinya.
Bila ke Mahkamah dengan lebam-lebam sudah sah sudah pasti x payah nak cerita panjang-panjang.
Maka apa yang dilafazkan tidak boleh ditarik balik, jelas dan nyata....maka terungkailah mahligai cinta yang dibina atas dasar saling mengenali saling mencintai. mampukah si isteri menerima penyesalan suami, suami yang merayu suami yang menyesal, suami yang berjanji, suami yang bertaubat.
" Tidak, aku dah puas bersabar, aku tekad "
Anak-anak kebuntuan, kehairanan tapi si sulung mengakuinya mengesahkan pernah melihat ayah memukul mummy, apakan daya ....
Kesian yang hanya dapat dizahirkan, sahabatku kau kuatlah demi anak-anak, sahabatku kau tabahlah kerana selama ini pun segalanya kau rempuhi sendiri, sahabatku rupanya kau gigih ,katamu dengan kejadian ini hikmahnya kau bangun Bertahajjud. Ya Allah ianya pengajaran buat kita bersama.
Wahai Si suami lunaskan nafkah batin bukannya hanya zahir,
Wahai Si Suami walaupun katanya isterimu bergaji besar, ke mana gaji mu, kalau bukan untuk dikongsi bersama.
Wahai si suami bukan kami isteri meletakkan segalanya di atas bahu mu, kami mahu berkongsi segala, berkongsi zahir dan batin.

Wahai suami..................