Jumaat, 27 Februari 2015

KEMATIAN...............

Ya Allah
Aku beriman kepada Qada dan Qadar-Mu yang telah tertulis di Luh Mahfuz, bila ,bagaimana dan di mana kematianku.
Ya Allah
Aku beriman dengan Qada dan Qadar-Mu yang menetapkan bilakah kematianku.
Ya Allah,
Kematian yang tidak dapat dielakkan,tidak dapat dihindarkan.
Ya Allah,
Tinggalnya anak-anak dan zuriat keturunan diharapkan menyumbangkan tiga perkara yang hanya akan menjadi bekalanku :

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, Nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada seorang Muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian bulu burung atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
KEMATIAN...............

Khamis, 26 Februari 2015

ALLAH BERSIFAT WAHDANIAH

AQIDAH
KSSR TAHUN 4



MOGA BERMANFAAT....
DOAKAN SYA TERUS SIHAT BERSMA KELUARGA...

Selasa, 24 Februari 2015

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

KSSR TAHUN 4
NUZUL QURAN

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. 
Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
Ketiga, Penurunan Nabi Muhammad SAW
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia .
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .

SURAH-SURAH HAFAZAN AL-QURAN TAHUN 4 KSSR

SURAH AL-ADIAH
SURAH AL-ZALZALAH
SURAH AL-QARIAH