Selasa, 8 Disember 2015

FLOTING MARKET

Dah tambah kemas dan teratur
setiap hari Khamis Jumaat sabtu
5 petang hingga ke malam
Banyak makanan muslim jangan bimbang yg pelik-pelikpun banyak







3D MUZIUM HATYAI

Location tengah Bandaraya Hatyai
Harga Tiket Dewasa 400 Bath kanak-kanak 300 Bath









CHANG PUAK CAMP

CHANG PUAK CAMP (4.12.2015)
Tempat ni x jauh dari bandaraya Hatyai, tempat pertunjukan Gajah, nak masuk dikenakan bayaran.







ARMANA RESORT

Kami kembali lagi bercanda di armana Resort, Lalu kot Sempadan Durian Burung, Ban Prakop lalu Pekan Natawi Lalu Pekan Canaa( Chanok) baru sampai ,




Khamis, 22 Oktober 2015

BERSAMA AIN MAISARAH

Alhamdulillah akhirnya 13.10.2015  terlaksana usaha untuk membawa Ain Maisarah ke SKWAS. Seorang yang patut dicontohi dengan usaha yang membuahkan hasil yang lumayan. Memang enjoy bertemu dengannya apa lagi membaca hasilanya, seronok ...........







Ahad, 4 Oktober 2015

JEREBU DAN KESANNYA


Esok 5 dan 6 oktober telah diumumkan sebagai hari cuti untuk sekolah di Negeri Kedah akibat ancaman jerebu yang semakin menunjukkan catatan bacaan IPU semakin meningkat.
Antara kesan jerebu yang melanda ialah :
1. Jarak Penglihatan Menjadi Semakin Terhad
Jarak penglihatan anda menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu telah menghalang pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke bumi. Ia sekaligus menghadkan penglihatan kita yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.Bahkan ia turut membuatkan mata terasa pedih dan berair kerana di sekeliling anda dipenuhi dengan gas beracun dan berbahaya untuk kesihatan.
 2.  Sesak Nafas
Molekul-molekul yang terdapat pada udara mempunyai gas-gas beracun yang tidak elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada sesiapa yang mengalami masalah asma. Mereka mungkin akan mengalami masalah sesak nafas.
 3. Hidung Berair Dan Bersin
Hidung kita adalah saluran utama saluran pernafasan pada manusia. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika jerebu, dikhuatiri ia akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara-udara beracun, seterusnya menyebabkan hidung berair sehingga mendatangkan selesema dan juga bersin.
 Terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang mungkin akan terkena kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu iaitu:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Gatal mata.
• Terasa sakit dada.
 Langkah yang Perlu Diambil Untuk Mengelakkan Kesan Jerebu Di Malaysia adalah:
Jerebu jelas memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelak daripada terkena penyakit yang disebabkan oleh jerebu. Pelbagai langkah yang perlu diambil ketika dilanda jerebu untuk memastikan kesihatan kekal terjamin.
 Antaranya langkah yang boleh diambil ialah:
1. Sentiasa memakai topeng keselamatan, terutama yang menaiki motosikal kerana terdedah dengan udara kotor dan juga berbahaya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kita menyedut udara yang tidak sihat.
 2. Pada sesiapa yang menghidapi penyakit batuk dan selesema, batuk, asma, sakit mata, kesesakan nafas, sakit paru-paru atau sakit jantung yang kronik, dinasihati supaya anda segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau langkah pencegahan kerana anda mudah terdedah kepada simptom jerebu.
 Baca Juga: Petua Merawat Selsema
 3. Kurangkan melakukan aktiviti luaran. Risiko kesihatan anda terjejas adalah tinggi dan anda disarankan menghabiskan masa duduk di rumah atau pejabat sahaja.
 4. Amalkan meminum air putih dengan kuantiti yang banyak, iaitu sebanyak 8 gelas air mineral sehari. Ia bagi memastikan air terus membekalkan oksigen di dalam badan dan mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi.
 5. Apabila melakukan aktiviti luar, pastikan anda kerap membersihkan wajah dan kulit anda agar dapat mengelakkan daripada terkena masalah kulit akibat jerebu.
 6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok di luar rumah kerana dengan bahana anda menghisap rokok, dicampurkan lagi dengan udara tidak sihat pada jerebu ia akan mengakibatkan kesihatan anda akan merosot dengan mendadak.

#Dilarang juga menghisap rokok berhampiran dengan isteri dan juga anak-anak anda kerana ia membuatkan mereka lebih mudah mereka terdedah kepada masalah kesihatan.
 Baca Juga: Tips Berhenti Merokok
 7. Jika kenderaan anda mempunyai penghawa dingin, pasangkan hawa dingin tersebut bagi memastikan suhu badan dalam keadaan normal.
 8. Sentiasa menyusukan bayi kerana dipercayai susu dapat membekalkan antibodi pada bayi sekaligus dapat membina kekuatan imuniti pada bayi itu dan sukar untuk bayi tersebut terkena penyakit.
 9. Batalkan segala percutian anda. Tujuan anda untuk bercuti adalah untuk melapangkan fikiran dan menghilangkan segala stress ketika bercuti, bukan untuk ‘menempah’ sakit.
 Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan anda ketika jerebu. Kesihatan anda lebih penting dan mahal dari segalanya, termasuk wang ringgit. Pastikan orang tersayang dan terdekat dengan anda juga patuh dan mengamalkan gaya hidup yang betul ketika jerebu. Bataskan pergerakan di luar. Semoga masalah jerebu dan kemarau ini tidak akan berterusan dalam tempoh masa yang panjang.

Ahad, 27 September 2015

Selasa, 4 Ogos 2015

KAD HURUF ABC DAN ALIF BA TA COMEL

SOFTCOPY ( print sendiri )
SET KAD HURUF ABC HURUF BESAR
SET KAD huruf abc huruf kecil
SET KAD HURUF HIJAIYYAH  Ø§ ب ت

CUMA RM 15
SENANG DAN MUDAH BAYARANNYA BOLEH SECARA BANKIN ATAU TOPUP KREDIT TELEFON 

BERMINAT WASSAP/SMS  019-4414226
ANDA BAYAR SAYA HANTAR DI EMIL










Selasa, 7 Julai 2015

KAWAN.SAHABAT@ TEMAN

SAHABAT,TEMAN DUNIA YANG ABADI
MOGA DI AKHIRAT JUGA MENJADI PENEMANKU
TERIMA KASIH KEKASIHKU ABADI



 KALIAN KAWAN YANG MEWARNAI KEHIDUPAN





Ahad, 28 Jun 2015

PERCUTIAN PANTAI SAKOM

SAKOM BEACH THAILAND
ARMANA PACIFIC BEACH RESORT

seronok sangat ,7 famili dengan 7 buat kereta bergerak dari rumah Ummi ,kami masuk melalui Sempadan durain Burung ataupun Ban Prakop.

Percutian di Pantai Sakom ,memang best n happy sesangat.Chalet pun murah ja, suasana pantai yang bersih dan tumpuan keluarga tiada perkara yang menjolok mata,kawasan inin adalah kawasan resort Islam.