Isnin, 30 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADHAN AL KAREEM 1435 H

 Ramadhan kali ini disambut tanpa ayah,teringat sangat kat ayah,selalu kalau ayah ada dia pasti ingatkan bacaan niat dan sibuk sangat nak takwim untuk berbuka puasa.
Kadang-kadang bila petang ayah mesti call tanya buat cucug apa, ayah dah tak dak.
Semalam Ramadhan pertama mak dan adik-adik mengalirkan air mata terkenangkan
 gelagat ayah waktu berbuka.
Ya Allah tempatkanlah ayahku dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Genap setahun Ramadhan ayah sakit dan jatuh motor untuk pergi bertarawikh. Hingga saat akhir ayah tak alpa dengan solat dan bacaan al-quran.
Ya Allah bagilah kami dapat bertemu dan berhimpun semula diakhirat kelak.
Kami rindukan ayah.