Rabu, 14 Mei 2014
Khamis, 8 Mei 2014
Rabu, 7 Mei 2014
Isnin, 5 Mei 2014
TEMA HARI GURU 2014
Apakah Maksud Tema Hari Guru 2014
Merujuk Surat Pemberitahuan KPM. Maksud, Definisi dan Huraian Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi iaitu Tema Hari Guru tahun ini ialah seperti berikutDEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS
- GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
- PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
- KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
- PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
- INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
Huraian Tema Hari Guru 2014
Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah
selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran
abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan
perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai
potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan
dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran
memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional.
Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif,
mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai
pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang
dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan
bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan
dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga
pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman
pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan
masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan
kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik
dan persekitaran kehidupan sebenar.
Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif.
Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan
berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan
memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.
Sumber: Tema Hari Guru 2014, Maksud dan Huraian http://www.hootoh.my/2014/04/tema-hari-guru-2014-maksud-dan-huraian.html#ixzz30sHUsjeY
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook
Langgan:
Catatan (Atom)