Ahad, 24 Februari 2013

PERMAINAN PERKATAAN

WORDSEARCH,PUZZEL WORD DAN SEWAKTU DENGANNYA

Orang putih kata wordsearch, Ummi memang suka benda-benda ni,di rumah anak-anak Ummi dah biasa sebab selalu dibelikan buku-buku word search dan suduko,alhamdulillah semua tahu nak main suduko sebab tak ramai yang tahu nak buat,sebenarnya tak susah cuma rajin fikir sikit bolehlah buat.

Banyak kebaikan kita main benda jenis ini , otak kita perah untuk dapatkan jawapan bermakna otak kita hidup tak beku,rahsia untuk sihat dan panjang umur ialah mencari sesuatu untuk difikirkan,maka jalannya buatlah permainan mencari perkataan tersembunyi,silang kata,suduko dan yang sewaktu dengannya.

Disini Ummi linkkan blog yang boleh kita buat sendiri apa perkataan yang nak kita masukkan. Trylah buat,untuk guru-guru boleh guna untuk aktiviti, seronok ,taklah kita guna bahan orang,disini kita buat sendiri apa yang kita nak.

SINI
TQ SUMBER



Khamis, 21 Februari 2013

FASA BARU

Hari ini 21 Februari 2013 ,Ummi kena hadiri Mesyuarat Jurulatih Utama PSS BTP PSPN JPN Kedah, kagum dan tabik Ummi pada GPM2 yg berjaya membawa PSS masing2,rasa semangat, dan yang penting dapat kongsi ilmu dan idea.


Jumaat, 8 Februari 2013

IDEA UNTUK BUAT KRAF

KAT SINI ADA BANYAK IDEA UNTUK KITA BUAT KRAF SAMAADA DENGAN ANAK2 ATAU DENGAN MURID KAT SEKOLAH, SERONOK JIKA BAGI MEREKA PELUANG BUAT BENDA2 NI:

KLIK KAT SINI 

CRAFT GIRAFFE _KRETIVITI PRA SEKOLAH

HARI KHAMIS,CIKGU JU BERSAMA ANAK2 PARA HARMONI BUAT KRAF INI, 

BAHAN : 
MANILA KAD BUAT GULUNG UNTUK BADAN
UNTUK KEPALA DAN TELINGA,BUAT SIAP,CUMA WARNA DAN GUNTING
GAM,GUNTING

SELAMAT MENCUBA


klik SUMBER kat sini



Ahad, 3 Februari 2013

PERISTIWA PENTING BULAN RABIULAWAL


RABIULAWAL 

Pengertian: 

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Teringat dulu-dulu ustazah dok ajar nasyid,tercipta satu lembaran sejarah................. yang kita arif rabiulawal hanya tahun kelahiran Junjungan mulia sahaja,rupanya ada banyak lagi.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah  di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
(Sumber: Al-Azim.comms.wikipedia.org)

BILA MARAH MELETUP.........


Marah sememangnya selalu buat diri kita, marah sebab orang tak faham apa yg sebenarnya,marah kerana perselisihan faham. Ummi juga tak terlepas dari sikap marah.
Memang buruk dan hodoh jika dikenang balik bila berada dalam situasi marah,bukan tak tahu cara nak soft amarah tapi susah nak control.Nak cakap jugak,nak marah jugak baru puas hati,lepastu berhari-hari nak hilangkan rasa marah tu,subhanallah buruknya perangai.
Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.
Diam
Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.
Istia'zah
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.
Duduk
Ada orang kata kalau kita duduk waktu marah kita kena berdiri dan begitulah sebaliknya
Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)
Wudhuk
Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)