Rabu, 29 Februari 2012

LANTIKAN 41 (1-1) SYUKUR REZEKI

Lantikan dg41(1-1) x perlu temuduga dan lantikan semula
rujuk http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

pada semua yang terlibat marilah sama2 lakukan sujud syukur

LEAP YEAR @ TAHUN LOMPAT

Hari ini Ummi tanya kat anak2 apa yg beza dengan tarikh harini, hanya si abang yang sulung dapat menjawapnya ,yg adik kata biasala Ummi 29 hr rupanya dia tak tahu pun....yang cerita mengenai tahun lompat, yg syoknya bila diterangkan dia buat hairan lagi, kenapa ? kena dok lompat2 ,adui jenuh jugak nak menerangkannya ............

Fakta tahun Lompat :

1.Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366  hari berbanding 365 hari pada tahun biasa2.Tahun 2008 merupakan tahun lompat. Jika anda melihat balik kalendar 2008, anda akan dapati bahawa bulan Februari mempunyai lima kali hari jumaat di mana bulan ini bermula dan berakhir pada hari Jumaat. Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.



2.Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.




3.Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 febuari. Anda jangan terkejut apabila anda bertanya kepada orang tua yang mengatakan yang umurnya masih 20 tahun walaupun orang tua itu telah mempunyai cucu cicit pada suatu hari nanti... SEBABNYA DIA DILAHIRKAN PADA LEAP YEAR.

SEMUA INI KEKUASAAN DAN RAHSIA ALLAH

                           

Isnin, 27 Februari 2012

MEMUDAHKAN KITA.........

 


Saban hari kerja semakin bertimbun, di tempat kerja , di rumah makinla mencabar,anak2 semakin membesar memerlukan perhatian terutama bila tahun peperiksaan utama.Bagi Ummi tahun ni memang kalut UPSR untuk Intan dan PMR untuk Adli, makanya Ummi yang terlebih risau, untuk memastikan segalanya teratur, Ummi dah rancang dan siap segalanya terutama bila hujung minggu. Hujung minggu bukan time rehat tapi bila semua dah ready so sepanjang minggu akan ok. Mari Ummi nak kongsi bersama buat ibu2 bekerjaya....

1. untuk mudah kerja memasak : ready semua barang2, siang siap2,kupas siap2,kisar yang perlu,letak dalam tupperware bila nak masak ambil saja,cepat dan mudah, lagipun bila hari kerja kita bukan masak yg dassyat2 just simpel2 ja. air tangan ibu adalah power utk keluarga

2.rancang menu nak masak apa: bila p market pikiaq siap2 nak masak apa nak bubuh apa so, perbelanjaan terancang takla beli sayur jadi kecut pasal tak masakpun. Beli apa yang nak kita buat ikut plan.

3.Buat kerja pilih yg mana dulu utama : Baju sek anak2 n suami yg utama, yg kita senang ja kan....

4.Buat kerja jangan tangguh : ada kain sikit terus lipat jagan jadi gunung jerai baru nak lipat memang terukla............ajak anak2 lipat kain time petang2 sambil tengok tv

5.Guna peralatan masa kini yg boleh mudahkan kerja kita,mesin masuh,vacum ja tak yah teruk sapu terbongkok2

6.Bahagi tugas : bedak (BAHAGI) elok2 ngan suami siapa nak ambik anak siapa nak masak so mudahla

7.Yang utama : berdoa dan selawat banyak2

8.Kesihatan Kita : sakit diri kita habis sakit sebuah rumah

Ahad, 26 Februari 2012

SENYUM ITU MAGNET

"hai ", kata ustaz tak memberikan apa2 makna, sebaiknya assalamualaikum, kemudian senyum sebab senyum adalah magnet, menarik segala yang ada baik bertambah baik yang buruk tukar jadi yang baik.

Khamis, 23 Februari 2012

SELAWAT SITI FATIMAH -pembantu yang setia

Diceritakan bahawa pada suatu hari,Puteri Baginda Rasulullah SAW datang dan mengadu akan kepenatannya menguruskan rumahtangga dan meminta ayahndanya mencarikan ia seorang pembantu, maka Rsulullah SAW bersabda amalkan lah selawat ini ,ia pembantumu yang paling setia.

سبحان الله
الحمدالله
الله اكبر

amalkanlah ia setiap hari dalam apa sahaja perbuatan,insyaallah akan diringankan dan dipermudahkan

HATI-HEART-القلب



HATI ANAK2 KITA UMPAMA LANGKONG HITAM YANG LEMBUT ,JANGAN CINCANG  IA DENGAN KATA2 YANG KESAT, KELAK MENJADIKAN IA SEKETUL HATI YANG HANCUR DAN KAKU

PESANAN BUAT IBUBAPA



Siang tadi Ummi dengar ceramah motivasi waris di sek, ustazah penceramah senaraikan benda yang perlu disemak oleh ibubapa untuk memastikan kecemerlangan anak-anak, Ummi nak kongsi bersama,,,,,,,,,

  • KEIKHLASAN ;ikhlas menjadi ibubapa kepada anak2-ikhlas wang ringgit dan titik peluh kita pada anak2 - ikhlas pada guru2 anak kita, ikhlas pada orang disekeliling kita- utama dengan Allah;
       Hati yang kotor terhalangnya barakah,doa kita terhijab, sucikanlah
                                         hati kita,subhanallah
  • MINAT ; betulka minat jadi ibubapa,peliknya soalan tapi renungkan- dengan minat barulah segalanya teratur - minat ibubapa dilahirkan dengan nada suara pada anak2,dengan sentuhan


  • REZEKI ; renungkan punca dan cara yang betul pemakanan kita sekeluarga di rumah- amalkan kismis dan kacang2- air yassin amalkan - doa paling mujarab dari ibubapa x yah cari org lain

DOA UNTUK KESABARAN

Hidup kita penuh dengan dugaan dan cabaran ada kalanya kita beringat, ada kalanya kita lalai dan leka, maka mari kita amalkan ayat ini untuk suburkan sifat sabar dan tabah dengan apa jua ujian




šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#rçŽÉ9ô¹$# (#rãÎ/$|¹ur (#qäÜÎ/#uur (#qà)¨?$#ur ©!$# öNä3ª=yès9


šcqßsÎ=øÿè? ÇËÉÉÈ  
 Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Al Imran ayat 200

ayat ini juga baik dalam mendidik dan menguruskan rumahtangga diamalkan oleh ibubapa