Hariini last raptai n persiapan untuk HAC SKTJ, Ummi macam biasalah kena besiap pentas n jadi mc, nak kata reti tak lah sangat tapi dah kena , buat sajalah, apapun seronok bila dah nampak hasil, harap esok semua berjalan lancar.
Ahad, 30 September 2012
Sabtu, 22 September 2012
PERMOHONAN ASRAMA PENUH DAN SM TEKNIK UNTUK 2013
Online kat KPM dah ada, bolehlah kita buat manala tau rezeki anak kita walaupun result lambat lagi.
Dah ada start 15 September hingga 30 Oktober 2012
KLIK SINI : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dah ada start 15 September hingga 30 Oktober 2012
KLIK SINI : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sabtu, 15 September 2012
LADANG ANGGUR TASIK BERIS,SIK ,KEDAH
Dulu kalau nak tengok anggur kat pokok kena p Cameron barulah ada tapi sekarang tak yah jauh2,dekat tempat kita di Kedah ni pun ada. Ummi dan family 15 sept sempena esok cuti Hari malaysia, bawa anak2 p Ladang Anggur Tasik Beri, tak jauh,kalau dari rumah Ummi dalam sejam setengah (dari pokok Sena). Rupanya ramai org yg datang nak tengok, seronok juga, tiket masuk Dewasa RM 4 dan kanak2 bawah 12 tahun RM 2, takleh petik2,nak beli boleh sekilo RM 12.Dibuka setiap hari.
Isnin, 10 September 2012
Ahad, 9 September 2012
ANAK UMMI NAK EXAM UPSR...........
Hari ini di sekolah sibuk susun meja lepastu buat Bacaan Yassin untuk UPSR yang bermula 11.12 dan 13 September ini. Nampaknya Ummi berdebar lagi sebab INTAN anak Ummi akan menghadapi UPSR nya. Tapi ummi yakin dengan diri anak Ummi. INTAN dah usaha ,INTAN dah berserah ,insyaallah INTAN akan perolehi kejayaan, apa jua keputusan UMMI terima.
TIP KITA SEBAGAI IBUBAPA MENJELANG PEPERIKSAAN ANAK-ANAK :
- BANYAKKAN BERTANYA APA LAGI YG DIA PERLUKAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
- BAGI KATA SEMANGAT DAN PERANSANG.
- BUAT CABARAN DAN JANJIKAN APA SAHAJA YG MENGEMBIRAKANNYA.
- BERI CONTOH ORANG2 YG BERJAYA.
- LAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT DAN SUNAT HAJAT, SELUHUR DAN SEIKHLAS HATI IBUBAPA.
- REDHA DENGAN APA JUA YG DIKURNIAKAN.
- TENGOK KELENGKAPAN ANAK2.
- BELI BAJU SEKOLAH BARU, KASUT BARU ,BUKAN HANYA BAJU BARU TIME RAYA, SEMANGAT BUAT ANAK2.
- PAGI TIME ANAK NAK KELUAR PELUK DAN BISIKAN SEMANGAT.
Sabtu, 8 September 2012
SAHABAT
Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)
Memberikan Hadiah
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)
Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)

Rabu, 5 September 2012
PUDING KARAMEL ROTI
PUDING PRAKTIKUM..........
Petang ni lepas sembahyang asar terasa nak makan sangat puding ni. Haritu Adik Lutfi buat di sekolah rasa sikit, maklumlah ramai.........., so petang ni Ummi mereka buatlah, tadi dah tanya resepi kat sekolah, tapi lupa nak wak lek, makanya Ummi try resepi ini, ini hasilnya............ Ummi buat setengah dr resepi yg sebenar utk loyang kecil

Kalau sesiapa nak try, try le,,,,,,,,,
Bahan-bahanya:
3
sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
10 keping roti 4 segi (roti mayat)
3 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
10 keping roti 4 segi (roti mayat)
3 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan gula
Cara-caranya:
Dengan menggunakan
loyang,sediakan gula hangus.kemudian ketepikan.Panaskan pengukus,kepak2 roti kemudian blender bersama air ,susu,telur dan esen
vanila.Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus
sehingga masak.
masuk dalam peti sejuk........